Coretan Al-Ahzab....

Assalamu'alaikum wbt..

firman Allah dalam surah al-ahzab, 11,
"disitulah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat."

Ayat ini menjelaskan kepada kita keadaan orang-orang mukmin yang sangat tergugat ketika peristiwa perang ahzab. Sesungguhnya kemelut yang menimpa mereka pada ketika itu amatlah dahsyat sehingga benar-benar menggoncangkan hati masing-masing sebagaimana digambarkan Allah dalam ayat di atas. Sesungguhnya tenaga seorang manusia dari dulu, kini dan selamanya tetap terbatas sebagai seorang hamba, dan Allah tidak akan mentaklifkan lebih daripada keupayaannya.

Walaupun para mukmin yakin mereka akan mendapatkan kemenangan, walaupun rasulullah telah menyampaikan berita gembira kepada mereka ketika sebelum perang berlangsung tentang kemenangan Islam di Yaman, Syam, penaklukan Kota Konstantinople dan lain-lain, namun kegawatan situasi Ahzab sememangnya mencemaskan dan menyebakkan pernafasan mereka.

Di antara cerita yang lebih menggambarkan keadaan ini adalah cerita berkaitan dengan Huzaifah. Rasulullah s.a.w memang menyedari keadaan sahabat-sahabatnya kerana baginda melihat mereka dari dalam jiwa mereka sendiri. Oleh itu, baginda bersabda, "Siapakah yang sanggup keluar meninjau keadaan musuh dan kembali semula ke sini nescaya kupohon pada Allah supaya jadikannya temanku di dalam Syurga kelak?"

Walaupun baginda telah menjanjikan syarat pulang kembali dan bersahabat dengannya di dalam Syurga, namun tiada seorangpun yang sanggup untuk menyahut seruan itu. Lalu baginda menyebut nama Huzaifah, dan berkata Huzaifah, "Aku tidak dapat mengelak lagi dan tampil berdiri sebaik sahaja baginda memanggilku." Situasi seperti ini tentu tidak akan berlaku melainkan dalam keadaan yang paling cemas.

Namun, walaupun mereka berada dalam ketakutan yang sedemikian, mereka masih tetap dalam hubungan dengan Allah yang tidak pernah putus, kefahaman mereka terhadap Sunnatullah tidak pernah menyimpang dan keyakinan mereka terhadap keteguhan Sunnatullah tidak pernah bergoyang. Mereka yakin bahawa titik akhir Sunnatullah pasti akan terlaksana apabila titk awalnya telah bermula. Oleh sebab itu, mereka jadikan saat kecemasan yang mereka lalui itu sebagai landasan untuk menunggu pertolongan daripada Allah SWT. Hal ini kerana mereka yakin dengan firman Allah SWT sebelum ini,

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki syurga sedangkan kamu belum menerima dugaan sepertimana orang-orang mukmin yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa malapetaka dan kesusahan dan mereka telah digoncangkan dengan kesusahan sehingga Rasulullah s.a.w dan orang-orang mukmin yang ada bersamanya pernah bersungut bilakah tibanya pertolongan Allah? (Lalu dijawab): Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

Al-Baqarah:214

Kini mereka sedang digoncang oleh ketakutan itu dan kerana itu pertolongan Allah amat dekat kepada mereka. Justeru, mereka berkata,

".....mereka berkata; "Inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya kepada kita." Dan benarlah Allah dan RasulNya, dan pemandangan itu tidak menambah kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri (kepada Allah)."
Al-Ahzab:22

Mereka adalah manusia belaka, mereka tidak dapat membersihkan diri daripada kelemahan-kelemahan dan perasaan-perasaan manusia. Mereka tidak dapat keluar daripada lingkungan seorang manusia sehingga hilang segala sifat dan ciri mereka sebagai manusia. Oleh sebab itulah Allah jadikan mereka sedemikian rupa supaya mereka tetap dengan ciri seadanya dan tidak berubah menjadi malaikat; tidak pula kepada syaitan, jin dan sebagainya. Jadi sebagai sebagai manusia mereka mempunyai kelemahan dan hati mereka tetap akan merasa gundah bilamana ditimpa kesusahan.Hati mereka tetap akan bergoncang bilamana menghadapi dugaan/bahaya yang melewati keupayaan mereka.

Namun demikian, hati mereka tetap tertambat dengan tali hubungan yang kukuh kepada Allah. Tali inilah yang menghalang mereka daripada gugur, tali inilah yang memperbaharui harapan mereka dan mengawal mereka daripada rasa putus asa. Oleh hal yang demikian mereka menjadi contoh yang unik dan tiada tolok bandingnya dalam sejarah manusia.

Apa yang kita perlu fahami sekarang ialah mereka adalah tetap sebagai makhluk yang bernama manusia sama seperti kita, tetapi keistimewaan mereka adalah mereka berjaya mendaki setinggi-tinggi kemuncak yang disediakan oleh Allah kepada manusia, dengan sifat-sifat makhluk manusia. Dengan kata lain, mereka telah memperlihatkan kebolehan mereka memelihara ciri-ciri manusia di bumi dan berpegang kukuh dengan tali perhubungan dengan langit (Allah)...

wassalam..,

Pilihanraya kampus upm, hanya ‘cukup syarat’ sahaja.


29 Jan- Hari ini genaplah empat hari tamatnya pilihan raya kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM), keputusan tak rasmi menunjukkan Pro-M kalah teruk kepada Aspirasi Pro-BHEP. Semenjak itu, sehingga ke hari ini, keadaan UPM terus sunyi dan suasana pembelajaran ‘pelajar’ berterusan seperti biasa. Namun di celah-celah kesunyian itu, ada satu suara kerdil sekumpulan mahasiswa yang cuba memecah suasana dengan meminta supaya pilihan raya diadakan semula, tak lain tak bukan suara itu adalah daripada Pro-Mahasiswa.
Secara peribadinya, saya memandang bahawa pilihan raya kampus UPM masih lagi kolot dan tak berubah bahkan menjadi semakin teruk dari tahun ke tahun sejak 2003 yang lalu. Pertama, pilihanraya seperti pemilihan ketua darjah malah mungkin lebih teruk. Kenapa saya katakan demikian? Pembaca yang budiman, pemilihan ketua darjah dilakukan tanpa ada peraturan yang benar-benar khusus, kalau adapun hanyalah satu atau beberapa perkara yang ditetapkan oleh guru kelas terbabit sahaja. Apa yang berlaku di UPM sebenarnya lebih teruk dari apa yang berlaku di dalam sebuah kelas, sekurang-kurang guru kelas akan memastikan supaya setiap murid dalam kelas terbabit mengenali sedikit sebanyak mengenai diri calon-calon ketua kelas, supaya murid-murid mengetahui siapakah orangnya yang bakal memimpin mereka. Di UPM, mahasiswa bukan sahaja tidak mengenali calon mpp yang bakal memimpin mereka, bahkan lebih teruk lagi, mahasiswa tidak merasai langsung suasana PRK pada kali ini.
Sebagai contoh, mengikut Aturan Kempen Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 2009/2010, calon hanya dibenar berkempen selama kurang daripada satu hari sahaja. Secara peribadi, penulis memandang perkara ini adalah tidak masuk akal. Kalau benar PRK adalah suatu medan untuk mahasiswa memillih pemimpin mereka yang akan berkhidmat sepanjang sesi tersebut, seharusnya mahasiswa berhak untuk mengenali batang tubuh bakal pemimpin mereka. Oleh itu, masa selama satu hari adalah tidak relevan dan tidak mencukupi bagi mahasiswa untuk mengenali dan memilih calon pilihan mereka…

Nama Allah dalam The Herald, di mana kita?

Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja. Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.

Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:

Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya. Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.
Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka. Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.

Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima? Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?

Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu. Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, dimana kita? -peguamkita.blogspot.com

Antara Lalat dan Lebah.....


Assalamualaikum.wbt.

Antara lalat dan lebah, ada banyak perbezaannya. Apatah lagi jika nak dibanding dengan manusia.. Namun ada satu persamaan yang tetap pada ketiga-tiganya, iaitu semuanya adalah makhluk.
Salah satu perbezaannya adalah 'resmi' hidup. Walau di mana sahaja si lalat berada, hatta ditempat yang paling bersih sekalipun, yang dicari-carinya adalah sesuatu yang kotor @ kurang bersih spt sampah, najis, dsb. Keadaan yang sebaliknya berlaku pada si lebah, walau di mana shj duduknya, hatta ditempat yang paling kotor, pasti yang dicari adalah madu, bunga, dsb..

TNC HEP UPM; Dr. Azali dapat haji...


salam...

TNC hep upm, Dr. Azali telah pulang daripada haji pada 24hb 12 yang lalu, semoga beliau mendapat haji yang mabrur dan dapat melaksanakan tugas dengan berjaya selepas ini...

Semoga haji yang dilakukan bakal memberi inspirasi rabbani dalam mentadbir hal ehwal mahasiswa... Selamat kembali...

katak di bawah tempurung......

Assalamualaikum wbt..

disini ada satu kisah yg boleh dikongsi bersama....

"maka tersebutlah alkisah seekor katak di bawah sebuah tempurung... ada seekor katak yang bernama ATU yg baru sahaja melepasi alam 'berudu' dan menjadi seekor katak matang yang sempurna sifatnya... Lalu dia pun berjalan-jalan dgn cara katak (melompat) ... di satu kawasan berdekatan, ada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak, tiba-tiba secara tidak sengaja, seorang kanak-kanak telah tersepak tempurung kelapa lalu tempurung itu bergolek-golek dan menimpa si ATU. lalu terperangkaplah ATU dibawah tempurung tersebut tanpa disedarinya... maka hiduplah ATU di bawah tempurung tersebut..

hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan... maka genaplah beberapa bulan usia ATU.. ATU telah membesar menjadi katak remaja/dewasa... ATU menyangkakan bahawa itulah sebenarnya dunia dan nilai hidupnya... walaupun hakikatnya ATU hanya berada dibawah sebuah tempurung.. di dalam dunia ATU, makanan yang paling sedap baginya ialah cacing yg muncul dari bawah tanah... dan perkara yang paling menakutkan pula adalah digigit oleh nyamuk yg masuk melalui lubang tempurung/dunianya itu...

pada suatu hari, maka terjadilah satu peristiwa yang merubah sebahagian besar kamus hidup ATU, seorang kanak-kanak (kanak-kanak yang sama pada awal cerita ini) telah tersepak tempurung tempat 'dunia' ATU. lalu terkejutlah ATU melihat akan dunia yang berkali-kali ganda lebih besar daripada dunia tempurungnya sebelum ini, ATU pun meneruskan perjalanan hidupnya..

rupa-rupanya Banyak perkara baru dan lebih besar yang berlaku di dunia ini... ATU baru menyedarinya.... pertama, makanan yg paling sedap bukanlah cacing, banyak lagi yang ditemuinya di dunia ini spt semut goreng, lalat bakar dsb... kemudian ATU melompat-lompat lagi, lalu dia melihat banyak lagi katak-katak sepertinya yg berada di dunia ini... tiba-tiba, dia melihat seekor katak lain telah mati akibat dipenyek oleh kereta honda. rupa-rupanya, perkara yang paling menakutkan dalam hidup ini bukanlah nyamuk yg selalu mengganggu tidurnya sebelum ini, tetapi ada lagi yang lebih menakutkan iaitu mati dipenyek kereta... ini perkara kedua yg dipelajarinya.. ATU meneruskan hidupnya..

Semakin banyak perkara yg dipelajarinya di dunia ini... TAMAT"

p/s- pengajarannya ialah, hidup di dunia ini hanya sementara shj,,, dunia ini tersangat kecil nilainya, ibarat titisan air yg pernah ditunjuk oleh nabi menggunakan jarinya sewaktu menggambarkan nilai dunia ini kepada shbt2 baginda dalam sebuah hadith.

adakah otak kita yg bernama makhluk ini boleh membayangkan azab kubur dan azab akhirat nanti...?! adakah kita berupaya mengetahui betapa tingginya nilai nikmat syurga yang diceritakan didalam Al-Quran...?! jwpnnya adalah TIDAK sama sekali...!!!

kita telah terleka dengan kenikmatan sementara yang diberi oleh Allah didunia ini... sedangkan semua itu hanyalah titisan kecil daripada seinfiniti nikmat Allah kepada kita... alam akhirat adalah jauh lebih besar/menggembirakan/menakutkan daripada apa shj yang kita tempuhi di dunia ini....yg tidak mampu kita bayangkan!!!

Oleh itu,,, Sedarlah... nikmat dan ketakutan di dunia hanyalah titisan daripada nikmat dan azab Allah Yg Maha Besar...

Kelemahan Sains Barat Dan Mencari Paradigma Sains Alternatif: Satu Pandangan Peribadi oleh Dr Md Rofa Ismail

Abstrak

Sains Barat yang berpegang kepada falsafah positifisme yang menolak sistem nilai dalam kajian emperikal sains, mempunyai banyak kelemahan yang tersirat. Falsafah ini walaupun diamalkan di Barat sebagai respons kepada konsep dualisme sains-agama, tetapi hakikatnya diamalkan di seluruh dunia dalam pemikiran saintifik moden, termasuk negara ini. Penulis mengajak untuk merenungi kembali tentang kekosongan vakum yang dialami sains wajah Barat ini khususnya apabila dimensi yang lebih holistik dipertimbangkan sebagai alternatif kepada sains moden.

Pendahuluan

Pertubuhan Kesihatan Dunia menerusi para pengkajinya pernah membuat kajian terhadap fenomenon pembunuhan diri sebagai masalah kronik yang semakin sukar dibendung. Mereka ingin mengkaji golongan yang manakah yang lebih mudah melakukan jenayah luar biasa itu. Dua orang pengkaji yang bernama Jose Bertolote dan Alexandra Fleichmann mengumpul data kes bunuh diri sejak 50 tahun yang lalu dan menghasilkan keputusan yang menakjubkan.[1] Setiap 20 saat terdapat 1 kes bunuh diri berlaku. Setiap 2 saat ada satu percubaan membunuh diri dilaporkan. Data ini sungguh memeranjatkan pengkajinya sendiri. Mengikut simulasi data ini, pada tahun 2020 dijangkakan 1.53 bilion nyawa hilang menerusi pembunuhan diri sendiri. Sepanjang 50 tahun yang lepas, dunia kehilangan jiwa menerusi kes bunuh diri sebanyak 27 orang setahun dalam setiap populasi 100,000 orang penduduk. Bilangan ini meningkat laju saban tahun.

Lebih memeranjatkan, kejadian bunuh diri bukan tertumpu kepada negara yang miskin, bahkan data menunjukkan Negara Eropah yang maju merekodkan bilangan kes bunuh diri yang paling tinggi di dunia khususnya negara blok Eropah timur. Negara tersebut merupakan negara yang terkedepan dalam perkembangan sains dan teknologi moden. Mendahulu senarai ini ialah Finland dan dikuti rapat oleh Estonia, Latvia, Lithuania, Hungary, dan Rusia. Kalau kita perhatikan Negara tersebut kebanyakannya menolak ketuhanan sama sekali serta mengamalkan pemikiran bebas yang dikenali sebagai free thinkers di Barat. Sains dan teknologi mereka diperkenalkan dalam wajah positifisme yang menafikan semua bentuk unsur ketuhanan dan sistem nilai. Bagi mereka, sains hanyalah tumpukan maklumat yang diperoleh menerusi emperikal dan perhujahan mantik berdasar alam kuantitatif semata-mata. Tiada unsur kualitatif terllibat dalam dimensi kajian sains mereka. Mereka maju dalam teknologi tetapi miskin dalam makna kejiwaan dan sistem nilai.

.... bacaan penuh dlm... http://www.kesturi.net/archives/433

MAHASISWA TERUS DIBEKUKAN...

ASSALAMUALAIKUM WBT.

SUDAH LAMA TAK UPDATE BLOG NI, BEBERAPA HARI YANG AKU MENERIMA SATU SMS DARIPADA SEORANG PEKERJA DI BAHAGIAN HEP. RASA NAK TERGELAK BILA MELIHAT ISI KANDUNGAN MESEJ TERSEBUT,"LARANGAN TERBARU KEPADA SEMUA PERSATUAN, TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI UNTUK MENGGANTUNGKAN BANER PERSATUAN MASING-MASING. HANYA HEP SAHAJA YANG BOLEH BERBUAT DEMIKIAN..."

"MAKIN LAMA DAH MAKIN TAK BETUL KEADAAN NI.."
KELUH HATI KERDIL INI.

"BILA LAGI STUDENT NAK MAJU KALAU BEGINI KEADAANNYA??

AKU TAK PASTI PULAK INI ARAHAN PADA INDIVIDU ATAU BERSIFAT MENYELURUH..?

DAN SIAPA LA YANG PANDAI2 NAK BUAT PERATURAN SENDIRI KAT UNIVERSITI NI..?"
KELUH HATIKU LAGI..

Latihan Industri, menjejaki alam realiti...

Baru kunampak dan faham dengan jelas akan apa sebenarnya peranan sebagai pegawai sains di hospital. Sebelum ni asyik belajar teori sahaja dalam dewan kuliah, tanpa dapatku agak bagaimana suasana realiti di alam kerjaya. Inilah jurang bezanya antara sebuah realiti dan teori. Samalah juga dengan keadaan kehidupan muslim. Setiap mereka belajar mengenai kesusahan dan penderitaan yang akan dihadapi oleh para nabi dan rasul, mereka tidak akan betul-betul dapat menghayatinya tanpa merasai sendiri kesusahan dan penderitaan dalam hidup. Sesungguhnya Islam itu sendiri mengajar kita supaya tidak hanya berteori semata-mata tetapi mesti menjangkaui alam realiti. Jangan hanya belajar tetapi tidak dapat mempraktikkannya… Jangan hanya sekadar berkata-kata tetapi tidak mampu melaksanakannya… jejaki alam realiti dengan melaksanakan apa yang diketahui dan diucapkan. Barulah hidup ini akan terasa kemanisannya.. bersama kita renungkan.

Pemuda Islam = Mahasiswa Islam

Dalam kehidupan universiti, pemuda Islam yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah mahasiswa Islam. Mahasiswa adalah kelompok terpillih yang mempunyai kelebihan berbanding dengan kelompok remaja yang lain. Jadi, ciri pemuda islam yang sentiasa bersemangat untuk bekerja, keazaman yang tinggi, pemikiran yang luas dan sebagainya tentu paling ideal diletakkan di atas pundak insan bergelar mahasiswa ini. Jelaslah kepada kita, bahawa mahasiswa islam adalah pemuda islam yang seharusnya selepas ini menyediakan diri mereka kearah menjadi pemimpin Malaysia di masa hadapan. Dengan kata lain, hidup seorang mahasiswa harus diisi dengan silibus-silibus yang penting dan menjurus kearah membentuk generasi yang mampu memimpin Malaysia pada masa akan datang.

Kepimpinan Negara masa kini diisi oleh mereka yang mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang semasa zaman kemahasiswaan mereka. Lihatlah pada tokoh seperti Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah, Datuk Seri Najib, Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi, Datuk Seri Anuar dan ramai lagi. Mereka mempunyai ciri kepimpinan yang nyata terbina dalam masa yang panjang iaitu sejak dari zaman kemahasiswaan lagi. Sekarang tiba masanya kita untuk menyiapkan diri supaya kita bersedia untuk menjadi pimpinan pada masa hadapan. Soalnya sekarang apakah persediaan-persediaan itu? … bersama kita renungkan.